Sunday, August 14, 2016

Agroteknologi UMK Jeli

Salam.

Aku tahu kalian semua tengah gelabah search mengenai kos Agroteknologi ni di Google untuk memastikan kos ini legit selepas mendapat tawaran kos ini. Sabar sabar. Aku pun dulu macam tu sebab aku tak mahu akhirnya aku masuk kos yang aku tak minat.

Aku minat kos ni dan aku letak kos ni sebagai pilihan utama aku nak masuk UPU. Haa semangat kan? haha kau diam sekarang.


Kalau orang tanya kita kos apa, kita pun rendah diri lah jawab

 "Agroteknologi je.."

 Dengan wajah sugul dan suara macam keldai. Sebab respon orang selalunya akan memandang rendah kos ini dan cakap

"Belajar tanam pokok pun nak masuk Universiti ke?"

"Kenapa nak belajar benda ni?"

Kalian jangan putus asa.

"Tiada seorang Muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang melainkan bagi dirinya daripda tanaman itu adalah pahala dan sedekah" (Hadis Riwayat Muslim)


Allah sendiri janji kalau kita berbakti pada tanah, kita dapat pahala. Bukan maksud aku orang lain kerja tak dapat pahala, tapi bidang ini Allah iktiraf dan Allah janjikan ganjaran sampai disebut dalam hadis. Kenapa nak sedih?

Tak tahu ke populasi dunia semakin hari semakin meningkat dan keperluan untuk menyediakan makanan kepada penduduk dunia semakin bertambah? Macam mana nak masak nasi kalau bukan kita tanam dulu padi? Macam mana nak buat ubat-ubatan kalau bukan bermula dengan tanaman herba? Tak tahu ke beras Malaysia ni pun import negara lain? haha sapa lagi nak fikir tingkatkan produktiviti padi negara kalau bukan pelajar kos Agroteknologi ni?

Fikir panjang dik. Rezeki Allah maha luas.

Pengalaman aku belajar memang seronok. Walaupun masa tahun pertama aku masuk UMK aku asyik merungut (sekarang pun merungut lagi) sebab prasarana di UMK ni kurang lengkap sebab ianya masih lagi dibina. Tapi kau tayah risaulah kalau setakat ladang dengan makmal tu adalah.

Kena buat batas pun kena masuk Universiti. Kau apa tahu

Akhir semester boleh tuai jagung

Waktu ni aku tanam keledek tapi guna daun kangkung hutan. 

Sajalah pose acah-acah. Ni pokok jagung. Kecik je dulu. Lepastu tuai boleh dapat berkilo-kilo.
Aku rasa pelajar Agrotek kampus mana pun faham apa aku cakap ni sebab kita dah lalu benda sama. Orang akan perlekehkan bidang kita dan ketepikan kita. You can't change how people think. Biarlah mereka nak fikir. Itu hak mereka.

Tahun pertama akan belajar benda sama macam kos lain:-

1) Biodiversity
2)Microbiology
3)Algebra
4)Calculus apa natang
5)Genetic

Tahun kedua, ketiga nanti baru belajar yang masuk dengan kos kita. Waktu tu jangan harap kulit kau nak cerah sepanjang sem sebab nak bekerja dekat ladang dari pagi sampai tengahhari kadang-kadang petang. Kalau muka berbelang tu, normal lah maksudnya dia buat kerja, kalau tak berbelang tu yang kena risau sebab kau malas turun ladang pui.

1) Faram Managment
2) Biology Tanaman Ekonomi
3) Apa ntah lagi aku malas ingat.
4) Masih malas ingat

Aku sendiri dah ada syarikat mengenai bidang agroteknologi dan ada beberapa kawan kelas aku pun sudah ada syarikat pelajar dalam bidang agroteknologi. Nak risau takde kerja? Berniagalah apa susah.

Jagung Rapunzel
Kalau mak ayah yang sedang membaca post ni, saya harap Tuan/Puan boleh bertanya kepada orang dalam bidang agroteknologi yang lebih arif dan faham peluang dalam bidang ini. Bersyukur saya kerana ibu ayah memahami minat saya walaupun pada mulanya tak berapa suka saya masuk kos ni sampai suruh masuk IPT swasta haha.

Tahniah kalian yang dapat tawaran masuk Universiti :)

Peluang Allah bagi jangan disia-siakan.

https://www.facebook.com/groups/996711840442356/

Rujuk link group facebook itu untuk bertanya mengenai kos masing-masing.

No comments:

Post a Comment

komentar / hatemail