Monday, June 29, 2015

Bagasi lebih muatan.

Aku seret bagasi beroda aku ke arah alat penimbang. Bagasi aku ada dua, satu besar boleh muat budak umur 12 tahun yang ada bulimia satu lagi muat nak seludup periuk nasi dalam dorm. Tapi sebab aku dah cuti semester jadi tak boleh tinggal satu habuk pun barang di kolej kediaman maka aku bawa semua barang-barang aku pulang dan muatkan dalam beg tersebut.

Rezeki tambang pulang kali ini aku mampu naik Malindo yang had muatan bagasinya hanya 15kg. Bila aku timbang berat kedua-kedua bagasi aku tadi, terpampang angka 23kg di mesin tersebut. Kebiasaannya aku akan mencarut kerana terkejut tapi disebabkan bulan Ramadhan ini hati aku sejuk sikit.

Berbekalkan muka yakin dan doa masuk dewan peperiksaan yang aku amalkan dari UPSR, aku ke kaunter daftar masuk. Aku letakkan kedua-dua bagasi aku tadi untuk dimasukkan dalam kargo. 

"Had berat luggage 15kg saja , you." kata petugas di belakang kaunter.

"Saya tahu, ada pakej untuk had bagasi lebih kan?." Jawabaku lancar. 

"Kalau untuk pakej kena beli 6 jam lebih awal, you."

Aku dah mula berderau. Tak pasti sama ada hairan dia panggil aku "you" atau sebab pakej dah tak oleh beli.

"Kalau saya kena bayar , saya kena bayar berapa ringgit?"

"1kg sama dengan RM40. Jadi semua sekali RM 320." Jelas sekali jawapan dia lancar tak gagap.

Dalam akaun maybank aku ada RM11 dan dalam poket ada RM60. Aku dah boleh lupakan cita-cita aku nak bawa kedua-dua bagasi ini pulang. Tapi nasib baik muka ada nur sikit lepas baca doa masuk peperiksaan tadi maka petugas itu benarkan aku bawa bagasi kecil boleh muat periuk nasi itu untuk hand carry.


Nota kaki : Aku saja tulis benda merepek sebab dah lama tak post. hehe




1 comment:

  1. takpe saya baca ;)
    creepy tk creepy tk

    ReplyDelete

komentar / hatemail