Monday, October 20, 2014

Futur Anak Kijang

"Ready, Zahirah?"

"Ugh. Buat sajalah!"

Hai anak kijang. Hari ini mesti seronok skroll twitter. Banyak juga yang kau post di twitter yang ayatnya boleh tahan bahang dan terkadang tak bermanfaat. Tapi siapa yang peduli? Hak menulis hak bersama. Sekalipun kau nak update mengenai makanan kau hari ini pun apa salahnya, bukan? Bukannya update gambar lucah. Chill.

Anak kijang, kau nampak sibuk buat kerja khusus dan laporan makmal yang tugaskan. Mana tidaknya sudahlah 60% penilaian berterusan kau datang dari situ. Banyak tahu. Sekalipun engkau skor di peperiksaan semester nanti kalau penilaian berterusan kau rendah, barangkali boleh berkubur impian engkau nak dapat senarai dekan bersama berkuburnya impian iPhone 6 kau. 

Anak kijang hoi. Cepat-cepat pesan makanan di kafe walaupun sudah masuk waktu maghrib. Yelah. Kau pun perlu rehatkan diri, mandi, semak whatsapp untuk gossip terbaru, skroll insta untuk gambar yang nak dikutuk dan sebagainya. Itu semua tampak lebih punya keseronokan. Maghrib jam 7:50 petang pun boleh buat , bukan?

Anak kijang, rindu bukan kepalang pada sang naqibah. Rindu kepada teman-teman setalam dan sebantal yang jauh. Kalaulah kau boleh bekukan masa-masa gelak ketawa dan momen sesuap nasi disumbat ke mulut untuk suapan pertama, pasti banyak momen yang kau dah screenshot masuk dalam memori simpan elok dalam archive. 

Tapi setahu aku, dulu kau bukan anak kijang. Dulu kau anak singa. Mungkin evolusi Darwin terlalu cetek bagi kau jadi kau ambil keputusan untuk berevolusi jadi anak kijang yang pengecut. Kijang yang lari dari tanggungawab dan lupa janji-janji kau dengan sahabat setalam kau dulu.

Jangan bohong, anak kijang. 

Dulu kalau aku datang singgah dalam hati kau, cepat-cepat kau cari jalan dan khabarkan kedatangan aku pada sahabat setalam. Seakan benci sekali kedatangan aku. Kau anggap persis virus trojan lepas cucuk pendrive di komputer koop. Menyampah. Tapi sekarang kita sudah jadi sahabat karib. Aku mula dapat tempat dalam jiwa kijang kau.

Mungkin kau sudah lupa yang janji perjuangan kau bukan atas dasar ukhwah. Tapi kerana agamamu. Tak apalah. Aku seronok bertakhta di hati mu ohoi anak kijang!

Oh ye. Salam ukhwah semula, namaku Futur. 

Surah Ali-Imran ayat 8. Tak cari rugi. Lainlah dah hafal. Hiks.

No comments:

Post a Comment

komentar / hatemail