Saturday, June 28, 2014

Fungsi yang sama.

Ramadhan yang pertama selalunya yang paling bersemangat. Berimaginasi bagaimana aku akan hadiahkan kepada diri sendiri teh hijau yang nyaman setelah selesai khatam Quran (masa berbuka semestinya). Perasaan bila tidak pernah sekalipun terlepas solat kombo (maghrib, isya' dan terawih) secara berjemaah. Stargazing bila sudah selesai dengan qiamulail. Semua ini dalam khayalan. Saat cemerlang bila perkara ini akan berlaku.

Mungkinkah ini semua akan berlaku tanpa strategi? Selama dilatih 11 bulan oleh syaitan yang diiktiraf kesetanannya, apakah saat cemerlang mampu aku rasakan tanpa strategi? Nah. Ini semua mimpi. Kalau di kolej dulu bila duduk dalam jemaah, segala mungkin. Tiada yang mustahil. Pasti ada saja sahabat yang ingatkan kita saat terlupa. Mudah kiranya nak bertadarus bila ada yang selalu beri motivasi. Tapi bagaimana dengan keadaan aku sekarang yang berseorangan di rumah?

Fungsi keluarga dan jemaah sememangnya sama dalam hampir semua perkara. Ingatkan ibu ayah untuk nasihati aku bangun qiamulail. Pergi terawih berjemaah dengan keluarga pada setiap malam Ramadhan. Perhebatkan hafazan bersama adik. Didik diri dengan sabar bila bersama anak buah. Itu fungsi tarbiyah aku dapat selama di kolej untuk aku aplikasi. Tarbiyah akan sentiasa ditagih, tapi pentarbiyahan yang sama akan seringkali berlaku jika aku tak aplikasi. Tarbiyah tak upgrade.

Nota kaki : Tarbiyah kesabaran juga dapat dibentuk melalui lalulintas yang teruk bila mahu pulang kerja. Sumpah rasa macam nak lintas motor atas kereta orang.

No comments:

Post a Comment

komentar / hatemail