Wednesday, December 29, 2010

Saya jemput Maher Zain di KLIA.

Tajuk entry saja sudah menjelaskan segala galanya. Senang. Sebelum ini hanya saksikan Maher Zain dari jarak jauh. dari jarak penonton tiket berharga RM100. Sekarang sudah boleh berbangga berdiri di sebelah Maher Zain pada jarak 2 cm atau mungkin 2 mm. Ingatkan saya lain kali untuk bawa pembaris sekali.

Waktu dijangkakan akan tiba adalah lebih kurang jam 2 petang. Aku dan beberapa orang rakan sampai ke sana lebih kurang pukul 1 petang. Berjumpa dengan semua ahli- ahli MZMFC suatu pengalaman yang menyeronokkan. Kali pertama jumpa lah katakan..


  pandang dari belakang macam Justin Timberlake. Cis , sekali lagi mata aku menipu aku

Dapat minta tandatangan maher zain pada album memang seronok. Maher Zain seorang yang peramah dan sangat senang dengan peminat. Diminta untuk pose untuk bergambar pun dia sanggup.


Aku ingat lagi bagaimana Shah mengejar Maher Zain dan kuis bahu beliau yang taraf kepala Shah (Shah pendek ka dia tinggi?) lalu bertanya "Can I take the last photo with you? please". Ketika ditanya Maher Zain telah ditarik oleh 2 orang lelaki untuk masuk kedalam kenderaan. Pengurus dia barangkali. Harapan untuk Maher Zain berhenti dan sedia untuk ambil gambar memang sangat-sangat tipis. Tapi alhamdullilah . Maher zain sudi. "Yes , sure".






Jelas menunjukkan beliau memang tak suka menghampakan peminat. 1 .. 2.. 3.! SINARAN MENTARI MENYINARI! -gaya penyanyi 80-an- . Sinaran flash kamera yang berpancaran. Cukup buatkan aku terasa seperti Justin Bieber buat seketika.


    ya. terang sangat. tak perlu ingatkan saya.


   buah tangan. alhamdullilah. boleh tunjuk pada pada kucing aku.



3 comments:

  1. haha..nice post, zara..
    good choice of words..

    eh eh..ada muka i lah..kena mintak royalti neh :P

    ReplyDelete
  2. haha.,. aku punye kisah x update2 lagi..
    busy kat umah, dok ngemas nak balik U dah..
    adoi..

    bile nak update eh?

    ReplyDelete

komentar / hatemail